Aku percaya bahawa semua orang mengimpikan sebuah keluarga bahagia. Siapa yang tidak mahu memiliki keluarga bahagia? Mempunyai keluarga bahagia membuatkan kehidupan kita lebih sempurna dan bermakna. Sesebuah institusi keluarga bahagia dapat membentuk nilai-nilai positif dikalangan ahli keluarga tersebut. Bagi mereka yang memiliki keluarga bahagia perlulah bersyukur kehadrat Illahi kerana tidak semua insan memiliki nasib yang baik seperti ini.
Jika kita perhatikan disekeliling kita, kebanyakan masalah sosial remaja pada masa kini adalah berpunca daripada kurangnya perhatian ibu bapa. Oleh itu, peranan ibu bapa amat penting bagi mengawal anak-anak mereka daripada terlibat dengan masalah sosial yang kian meruncing. Cara didikan ibu bapa pada masa kini, jauh berbeza dari masa lampau. Jika dahulu, ibu bapa lebih tegas terhadap anak-anak dan akan merotan sekiranya mereka melakukan kesalahan. Tetapi, sebaliknya ibu bapa pada masa kini pula yang takut kepada anak-anak mereka. Contohnya, jika ibu bapa mengetahui mereka merokok ketika masih dibangku sekolah, ibu bapa lebih rela mendiamkan diri dan tidak mengambil apa-apa tindakan tegas. Ibu bapa khuatir jika anak tersebut dimarahi, mereka akan bertindak lari dari rumah, membuat tunjuk perasaan dan berani meninggikan suara.Oleh itu, ibu bapa perlu mengawasi setiap perbuatan anak-anak mereka daripada hanyut dengan masalah sosial yang lain.
Bagi mereka yang tergolong dalam kelompok keluarga bercerai, di mana ibu bapa mereka membawa haluan masing-masing dan hanya satu pihak diberikan hak penjagaan terhadap anak tersebut. Ibu atau bapa yang mendapat hak penjagaan tersebut adalah bertanggungjawab dalam mencorakkan kehidupan anak-anak mereka. Walaupun ibu dan bapa mereka tidak lagi bersama mereka masih boleh mengecapi kebahagiaan melalui didikan dan penjagaan yang baik daripada ibu atau bapa mereka. Tidak semua remaja yang tergolong daripada keluarga bercerai, terjerat dengan masalah social. Terdapat juga segelintir daripada mereka yang masih mempunyai ibu bapa, tetapi mereka terjerumus dengan gejala negatif. Oleh itu, ibu bapa perlu peka terhadap keadaan sekeliling dan bijak mencorakkan kehidupan anak-anak dengan baik dan sempurna.
Aku percaya bukan mudah peranan ibu bapa pada masa kini. Peranan mereka lebih mencabar dalam keadaan teknologi yang semakin canggih dan kian pesat kerana teknologi ada mendatangkan perkara baik dan buruk. Jika anak-anak menyalahgunakan teknologi yang ada, sudah pasti akhlak mereka akan tercemar. Bagi mewujudkan keluarga bahagia, ibu bapa perlu menguasai bagaimana cara mendidik anak dengan betul. Perkara pertama, yang harus ditekankan adalah hubungan baik terhadap Allah. Ibu bapa perlu tegas dalam hal menunaikan rukun islam ini bagi mewujudkan perasaan takut anak-anak untuk melakukan perkara-perkara negative. Dengan adanya perasaan sebegini akan membuatkan mereka lebih jauh untuk melibatkan diri dengangejala sosial yang tidak sihat. Perkara yang kedua adalah mewujudkan hubungan baik terhadap manusia. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak mereka menghormati orang tidak mengira umur sama ada tua atau muda ketika mereka masih kecil lagi. Apabila perkara ini selalu dipraktikkan dalam kehidupan seharian, ini sekaligus dapat menerapkan nilai-nilai murni yang telah diajar oleh ibu bapa mereka. Kedua-dua perkara ini amat penting bagi merealisasikan sebuah keluarga yang bahagia.